SHAHRIL HAMDAN

STRATEGI kerajaan untuk membuka sektor ekonomi dan fokus kepada pekerjaan telah membuahkan hasil.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, hal itu dapat dilihat menerusi pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) yang mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini.

Jelas beliau, angka tersebut memberi isyarat jelas bahawa dari sudut makro, ekonomi Malaysia berada di landasan baik untuk terus pulih daripada kesan Covid-19 dan mendepani cabaran seterusnya.

Jelas beliau, prestasi itu dipacu antara lain oleh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tidak akan ada sebarang penutupan ekonomi lagi dan peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022.

“Hampir semua sektor dibuka semula, memberi keyakinan kepada syarikat, majikan dan pelabur untuk merancakkan aktiviti.

“Kesihatan awam terus terkawal dengan kapasiti hospital dan pengurusan kes berkenaan Covid ditangani dengan baik, membolehkan perkara diatas berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Responsif, bertanggungjawab, reformis kerajaan Ismail Sabri pulihkan ekonomi negara

Mengulas lanjut, Shahril Sufian berkata, fokus kepada mengurangkan kadar pengangguran juga antara faktor besar yang menyumbang kepada impak positif pertumbuhan ekonomi.

Katanya, melalui strategi itu, lebih ramai Keluarga Malaysia telah kembali bekerja selepas ketika ini.

“Kadar pengangguran turun ke 3.8 peratus pada Jun 2022 iaitu menghampiri tahap pra-Covid.

“Semenjak kepimpinan Kerajaan diambil alih Naib Presiden UMNO tahap pekerjaan meningkat sebanyak 400,000 pekerjaan.

“Walaupun kita masih menghadapi isu gaji tidak setimpal, isu asas ‘unemployment’ terus ditangani agar rakyat dapat bekerja, bergaji dan berpendapatan lantas menggerakkan ekonomi dan diterjemah kepada segala angka makro yang tercatat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram