Mahkamah Persekutuan benar Najib pinda notis usul masuk bukti tambahan

Dari Penulis

MAHKAMAH Persekutuan membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak meminda notis usul dalam permohonannya bagi memasukkan bukti tambahan dalam rayuan terakhir berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim membenarkan perkara tersebut sebelum peguam yang mewakili Najib, Hisyam Teh Poh Teik memberikan hujah.

Turut menganggotai barisan panel hakim adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Tengku Maimun menjelaskan, mahkamah membenarkan pindaan itu pada peringkat ini namun bukan berhubung merit substantif kes.

Pindaan notis usul berkenaan adalah membabitkan keterangan lisan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Keterangan itu sama ada Rosli menyedari pembabitan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes SRC, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Maybank Group.

Baca artikel berkaitan: Tengku Maimun ketuai panel rayuan akhir Najib

Ia membabitkan perkhidmatan nasihat strategik yang diberikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1MDB bagi penubuhan SRC pada tahun 2010/2011.

Selain itu, ia berhubung pemberian pinjaman Maybank kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy Berhad pada 2012 sebanyak RM4.7 bilion.

Bagi keterangan Shahrol Azral adalah membabitkan peranannya ketika menjadi CEO 1MDB dalam urusan dan pelantikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd serta pegawainya berkaitan perkhidmatan nasihat strategik dalam penubuhan SRC International pada tahun 2010/2011.

Prosiding ditangguhkan selama 30 minit sebelum Hisyam menyambung hujahannya.

Selain Hisyam, Najib selaku pemohon turut diwakili peguam Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, M Rueben dan Hannah Kam Zhen Yi.

Bagi respondan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc, Datuk V Sithambaram dan empat Timbalan Pendakwa Raya iaitu Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan Manjira Vasudevan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This