KETUA Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan akhir kes penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn. Bhd.
Selain Tengku Maimun, panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga lagi hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nalini Patmanathnan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Najib akan mengemukakan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali pada 28 Julai 2020.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu kemudiannya mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu sekali gus menolak rayuan bekas Perdana Menteri.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 hingga 19 Ogos dan 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan.
Baca artikel berkaitan: Najib tiba di Istana Kehakiman hadiri rayuan terakhir
Ahli politik berusia 69 tahun itu menukar pasukan peguamnya hanya 21 hari sebelum rayuan dengan melantik peguam jenayah terkemuka Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utamanya, manakala Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners’ (ZIST) rakan kongsi Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam sebagai peguam cara baharunya untuk rayuan itu.
Sebelum ini, firma guaman Tetuan Shafee & Co yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib dalam kes SRC sejak kali pertama bekas perdana menteri itu didakwa.
Terdahulu, Najib tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya kira-kira pukul 9.05 pagi tadi menaiki kereta Mercedes Benz.
Kehadiran Najib yang bersut hitam diiringi pasukan pembelaan.
Sekumpulan penyokong Najib turut dilihat berada di perkarangan Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

