BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.
Kehadiran Najib yang bersut hitam diiringi pasukan pembelaan bagi permohonan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Persekutuan.
Ia merupakan rayuan terakhir Najib selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu.
Beliau turut dikenakan denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali pada 28 Julai 2020.
Sekumpulan penyokong Najib turut dilihat berada di perkarangan Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Baca artikel berkaitan: Rayuan terakhir kes dana SRC Najib didengar mulai hari ini
Difahamkan, pendengaran usul untuk mengemukakan bukti baharu akan didengar terlebih dahulu hari ini dan jika usul itu ditolak, mahkamah akan terus mendengar rayuan utama.
Jika Najib gagal dalam permohonannya bagi menuntut perbicaraan semula kes SRC, Mahkamah Persekutuan dijangka meneruskan pendengaran rayuan Najib berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 hingga 19 Ogos dan 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan.
Kes itu di peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu.
Bekas perdana menteri itu didakwa pada 4 Julai 2018, sekali gus kes pertama seumpamanya dalam sejarah kehakiman negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

