“Justice delayed is justice denied…justice hurried is justice burried” – Tok Mat

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan kekecewaan dan terkilan dengan keputusan yang diberikan Mahkamah Persekutuan semalam berhubung permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan beberapa keterangan baharu bagi menyokong kes dihadapinya.

Najib melalui peguamnya memohon mengemukakan bukti baharu tentang kedudukan Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dalam kes SRC International Sdn. Bhd. bagi membatalkan perbicaraan yang menyaksikan beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Datuk Seri Mohamad Hasan GAMBAR: Abd Razak Aid

Berikut kenyataan penuh Mohamad Hassan berhubung kes tersebut yang dipetik dari Facebook miliknya:

“Sekali pun kecewa dan terkilan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang diberikan semalam, UMNO menghormati penghakiman yang menolak permohonan Dato Sri Najib bagi memasukkan beberapa keterangan (bukti) bagi membuktikan wujud potensi berlakunya konflik kepentingan melibatkan Y.A. Nazlan, hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini.

BERITA BERKAITAN Najib kecewa, terkejut keputusan Mahkamah Persekutuan

Dalam permohonan tersebut, telah dihujahkan secara mendalam dan kukuh bahawa segala keterangan baharu yang hendak dimasukkan tersebut akan menunjukkan dengan jelas bahawa wujud pengetahuan dan / atau penglibatan Y.A. Nazlan dalam kes berkaitan SRC/1MDB, yang sekali gus menyebabkan kebebasan beliau sebagai hakim, berpotensi untuk tergugat.

UMNO dan semua pihak di negara ini, mahukan kebenaran dan keadilan diangkat dengan selayaknya. Berbekalkan pendirian ini, UMNO berpandangan bahawa segala ruang dan peluang yang ada sepatutnya dipertimbangkan dan tidak diketepikan atas alasan teknikal.

Terutamanya dalam kes besar seperti ini yang melibatkan pelbagai isu yang rumit, dokumen yang bertimbun-timbun, saksi yang ramai serta kewujudan ruang / potensi konflik kepentingan.

Sekali pun UMNO bersetuju dan menghormati maksim undang-undang bahawa, justice delayed is justice denied, UMNO turut memandang berat penegasan maksim yang menyatakan bahawa justice hurried is justice buried.

Biar apa pun pandangan dan pendirian parti ini, keyakinan kami terhadap institusi kehakiman negara tidak pernah pudar. Kami yakin dan percaya bahawa organ penting negara ini akan melunaskan tanggungjawabnya pada tanahair dengan sebaik-baiknya.

Kami memanjangkan sokongan dan doa yang tidak putus-putus kepada Dato Sri Najib. Semoga segalanya dipermudah dan kebenaran serta keadilan akan tertegak.”

Timbalan Presiden UMNO
Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This