Ulang tahun merdeka: ISWAMI ucap tahniah kepada rakyat, pemimpin Indonesia

Dari Penulis

IKATAN Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) merakamkan ucapan tahniah kepada pemimpin dan rakyat Rebuplik Indonesia sempena sambutan ulang tahun ke-77 Kemerdekaan Indonesia yang disambut hari ini.

Presiden ISMAWI Datuk Mokhtar Hussain dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mendoakan kesejahteraan serta kemajuan republik itu dan berharap hubungan Malaysia-Indonesia akan kekal subur dan harmoni.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada golongan pengamal media dari kedua-dua negara yang telah berkerjasama erat ke arah merancakkan perkongsian maklumat dan pertukaran wartawan demi kepentingan bersama.

Golongan pengamal media dari kedua-dua negara serantau itu telah menjalin hubungan dua hala yang kukuh melalui ISMAWI, yang ditubuhkan pada Jan 2007.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa releven

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This