Setahun pentadbiran Ismail Sabri: 10,000 hadir Munajat Keluarga Malaysia

Dari Penulis

LEBIH 10,000 jemaah dari seluruh negara hadir ke Masjid Putra, malam tadi untuk solat hajat dan berzikir dalam program Munajat Keluarga Malaysia.

Program yang dianjurkan untuk meraikan setahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu bermula pada jam 9 malam.

Perdana Menteri tiba di Masjid Putra kira-kira jam 8.24 malam dan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Baca artikel berkaitan: Setahun Keluarga Malaysia: Kestabilan politik cabaran paling getir

Kedua-dua pemimpin itu menjamu selera sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah bersama 10,000 jemaah yang hadir.

Pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid turut hadir untuk memimpin acara munajat itu.

Munajat Keluarga Malaysia itu turut dijalankan serentak di lima lokasi selain di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, iaitu di Kedah, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan kepada 20 pusat tahfiz, institusi pengajian pondok, premis kebajikan dan rumah anak yatim tertentu yang hadir menyertai acara itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Segamat kurang 49 doktor, KKM diminta tambah petugas

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diminta menambah bilangan petugas kesihatan terutama doktor di Hospital Segamat ekoran keperluan yang semakin mendesak. EXCO Kesihatan...

More Articles Like This