POLIS mengesahkan penahanan seorang lelaki yang terlibat dalam satu jenayah samun di Batu 16, Sungai Tiram, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek berusia 22 tahun itu telah ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang wanita berusia berusia 28 tahun pada pukul 1.15 pagi.
Katanya, suspek bersenjatakan pisau telah menyamun mangsa sewaktu sedang tidur.
Malah, suspek telah mengambil barangan milik mangsa sebelum melarikan diri.
@utusantvofficial Kejadian di Batu 16, Sungai Tiram, pukul 1.15 pagi. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp
♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
“Mangsa yang ketakutan telah menjerit dan didengari oleh jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek berjaya ditahan oleh jiran mangsa tidak jauh dari kawasan rumah mangsa pada pukul 2.03 pagi.
Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dan dadah.
Baca artikel berkaitan : Ditahan selepas sejam samun stesen minyak
“Turut dirampas dua buah telefon bimbit, cincin emas, sebilah pisau dan wang tunai bernilai RM505,” ujarnya.
Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan serta ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

