Catatan kenangan bertemu Tun Khalil Yaakob

Dari Penulis

Oleh: CHAMIL WARIYA

NAK turun bersarapan dan jalan santai pagi ini di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka di mana saya menginap, saya terserempak dengan bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Segak berbaju Melayu dan kelihatan masih sihat.

Setelah memberi salam, saya bertanya beliau mahu ke mana. Beliau memberitahu beliau nak ke makam Pahlawan Negeri yang terletak di Masjid Negeri untuk menziarahi pusara Allahyarham isterinya, diikuti dengan satu majlis tahlil.

Isteri Tun Khalil, Toh Puan Zurina Kassim meninggal dunia pada 18 Ogos 2022 di Bukit Damansara di mana mereka tinggal setelah Tun Khalil bersara dua tahun lalu. Salam takziah Tun. Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dirahmati Allah SWT senantiasa. Amin.

Baca: Toh Puan Zurina, isteri bekas TYT Melaka meninggal dunia

Ingatan beliau masih kuat apabila beliau bertanya: “Masih dengan media ke?” Saya memberitahu yang kini saya dengan Malaysian Press Institute (MPI), sebuah pusat latihan kewartawanan di Cyberjaya.

Saya mula mengenali Tun Khalil sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Pahang apabila beliau mengundang saya berceramah kepada pegawai kerajaan negeri.

Beliau menjadi sumber berita penting sewaktu saya tengah gila menulis rencana dan analisis politik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah minggu MASSA ketika beliau menjadi Setiausaha Agong UMNO merangkap Menteri Penerangan Malaysia.

Takut-takut Tun Khalil tak ingat nama saya, saya memperkenalkan nama saya. Beliau segera menjawab ingat lagi. Orang media terkenal kan, katanya sambil menunjuk ke arah saya. Apa lagi saya pun terus ketawa.

Tun Khalil, 84, juga memberitahu semasa menjadi Yang Dipertua Negeri beliau sempat menyiapkan ijazah Doktor Falsafahnya di UTEM. Saya memberitahunya saya juga menyiapkan ijazah PhD setelah masuk usia warga emas di USM.

Kami sama-sama ketawa sebelum bergambar kenangan di luar hotel.

Dr Chamil Wariya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MPI


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Konflik Asia Barat: Rakyat perlu sedia hadapi gelombang kenaikan kos hidup

KONFLIK Asia Barat yang membawa kepada krisis tenaga global memberi kesan ketara kepada fiskal negara, sekali gus mencetuskan kebimbangan...

More Articles Like This