KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap kes Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan integriti badan kehakiman negara masih unggul.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, keputusan itu juga sekaligus telah menolak tegas keraguan dalam kalangan rakyat terhadap kredibiliti mahkamah yang mengendalikan kes berprofil tinggi.
“Saya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.”
“Kita yakin keputusan ini tidak terkhilaf, tepat berdasarkan fakta yang diteliti secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau terkena panahan unsur-unsur politik tertentu yang boleh mencemarkan martabat badan Kehakiman malaysia,” katanya
Baca lagi: Rayuan SRC: Najib mahu Ketua Hakim Negara tarik diri
Mengulas lanjut, Jais turut mengucapkan syabas kepada panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Jelas beliau, hal itu kerana Tengku Maimun tegas dalam membuat keputusan terhadap Najib yang pernah berjasa kepada negara dan ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Sehubungan itu, Jais berkata, MCW turut menggesa agar kes-kes berprofil tinggi lain yang melibatkan kepentingan awam juga diadili dengan sebaiknya.
Tegas beliau, pihak berwajib perlu menyegerakan semua kes salah guna kuasa dan rasuah sama ada di peringkat siasatan atau pendakwaan tanpa mengira latar belakang supaya tidak wujud persepsi tindakan pendakwaan berpilih.
“Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pihak berwajib adalah bermula kecekapan menjalankan amanah dan pengadilan yang tidak berat sebelah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

