PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengingatkan orang ramai agar tidak berasa gembira apabila sesuatu musibah menimpa ke atas seseorang.
Jelas beliau, musibah itu perlu dijadikan sebagai panduan dan pedoman agar orang ramai tidak lagi mengulangi kesilapan seperti itu.
“Ia termasuk samada jenayah dalam bentuk peribadi atau jenayah yang melibatkan negara.
“Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa yang akan datang.
“Jadikan segala bentuk musibah yang menimpa kepada orang lain sebagai suatu pengajaran kepada kita semua,” katanya.
Baca lagi: Najib masih ada empat lagi kes belum selesai
Mengulas lanjut, Mohamad turut mengingatkan orang ramai agar tidak bersikap angkuh dan sombong.
Sebaliknya, jelas beliau, semua orang perlu beristighfar kepada Allah SWT berhubung perkara tersebut.
“Kita berusaha dan mendoakan supaya negara Malaysia dan rakyatnya berada di dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

