Amy Search terima pingat Datuk

Dari Penulis

PENYANYI kumpulan Search, Amy dianugerahkan pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Amy menerima pingat berkenaan bersempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam yang ke-73, hari ini.

Memetik laporan Gempak, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, melahirkan penghargaan terima kasih kepada Ali Rustam dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Rauf Yusoh.

“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.

“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini.

“Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali.

“Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 347 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Melaka sempena ulang tahun ke-73 Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam hari ini.

Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Secara keseluruhan, seramai 883 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran pada upacara yang berlangsung dalam tiga sesi istiadat iaitu pada pagi ini yang berlangsung di Balai Istiadat di Seri Negeri, Ayer Keroh dan dua sesi lagi pada 27 Ogos.

Kredit foto : @hazmiljapilus


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah...

More Articles Like This