Konvensyen PN sambut ulang tahun di MAEPS, Sabtu ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) buat pertama kali menganjurkan konvensyen yang akan dilangsungkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Sabtu ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, Konvensyen PN yang akan dirasmikan Pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua PN.

Menurut beliau, konvensyen berkenaan akan turut dihadiri semua Presiden parti komponen PN.

Pada masa sama, Hamzah berkata, seramai 1,800 individu termasuk perwakilan serta semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN dari seluruh negara turut hadir.

Beliau berkata, konvensyen tersebut antara lain membincangkan isu-isu semasa berkaitan masalah rakyat pasca pandemik COVID-19.

Baca artikel berkaitan: Pembahagian kerusi antara parti komponen PN hampir selesai – Ahmad Faizal

“Selain itu, ia juga akan menggariskan landasan utama PN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Konvensyen itu juga menetapkan dasar serta hala tuju parti bagi meningkatkan keyakinan rakyat bahawa PN adalah parti yang mempunyai tawaran yang harmoni, relevan dan segar sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu, Anugerah Prihatin PN juga akan disampaikan kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan keprihatinan; pengorbanan serta sumbangan luar biasa kepada negara dan masyarakat.

“PN percaya bahawa Konvensyen PN 2022 mampu menjadi wadah untuk memperbaharui tekad perjuangan khidmat bakti parti kepada rakyat serta memperkukuh kerjasama parti-parti anggota PN secara keseluruhannya,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This