Menjelang taklimat esok, Zahid buka topik kenapa perlu PRU awal dan kesetiaan keputusan parti

Dari Penulis

PEMBUKA acara bagi sesuatu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah mesyuarat pre council yang juga disebut majlis taklimat Presiden.

Di hadapan lebih 2,000 perwakilan, seseorang Presiden UMNO itu akan menggunakan peluang tersebut untuk memberi isyarat hala tuju dan apa yang beliau mahukan daripada PAU pada tahun berkenaan.

Dan esok seperti semua tahu akan berlangsung satu acara penting buat parti iaitu majlis taklimat khas Presiden UMNO kepada 191 ketua bahagian.

Apa pengisiannya dan ke mana direction majlis itu akan dibawa pada saat perkembangan terbaharu di mahkamah.

Baca: Rayuan Najib ditolak, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, denda

Bagi menjawab soalan ini sebahagian jawapannya barang kali ada di dalam hantaran Facebook Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kira-kira jam 2 petang tadi yang seakan mengambil tempat precouncil.

Menerusi tajuk UMNO Bergerak Ke Depan: Sejarah Tak dilupai, tulisan Ahmad Zahid itu menggariskan beberapa perkara yang berkemungkinan bakal berbangkit esok.

Kesetiaan keputusan parti dan jangan melengahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) – isyarat Presiden UMNO di sebalik ada pandangan berbeza daripada kelompok kepemimpinan UMNO yang berjawatan di Putrajaya.

Baca: Saya tidak akan lewatkan PRU-15 walau sesaat pun – Ismail Sabri

Di awal hantaran Facebooknya itu, beliau menyentuh soal sejarah krisis dalaman parti sebelum memasuki soal pengkhiatan dan kesetiaan kepada parti.

“Kekuatan UMNO terletak kepada ketulusan perjuangan akar umbi UMNO yang selama ini sentiasa teguh setia dan tidak berkhianat.

“Marilah kita sama-sama mempertingkat azam kita untuk bergerak ke depan bersama UMNO dan tidak goyang walaupun badai politik melanda,” kata Ahmad Zahid.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, 1 Jun lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tidak terkecuali kata Presiden UMNO itu, kesetiaan kepada keputusan parti – isu hangat antara dua ‘kluster’ di dalam parti.

“Yang penting rapatkan barisan, tingkatkan kesetiaan kepada keputusan parti dan jangan biarkan kita dimanipulasi oleh musuh politik kita,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri tulisan itu, Ahmad Zahid memberikan isyarat soal Pilihan Raya Umum (PRU) – jangan dilengahkan.

Baca: Desak PRU-15 demi kepentingan rakyat atau ‘kluster’ dalam UMNO?

BN tewas jika PRU-15 tidak disegerakan

Menggunakan tanda pagar #PRUTetapPerluDiawalkan, Presiden UMNO itu mengingatkan jangan sesekali mengikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan PRU-15.

Seakan memberi justifikasi, Ahmad Zahid berkata, pembangkang mahu PRU-15 dilewatkan supaya mereka mempunyai lebih masa untuk menyusun strategi, mempelbagaikan propaganda dan menambahkan serangan politik terhadap UMNO.

“Kita dalam arus politik perdana sangat faham akan gelagat mereka. Jangan bagi ruang seinci pun kepada pembangkang dan sekutu mereka untuk memporakperandakan UMNO!,” kata Pengerusi BN itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi twitter beliau menafikan Biro Politik memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat Rabu lalu.

Baca: Zahid pengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO, Ismail Sabri antara yang hadir

“Mesyuarat malam Rabu (yang juga saya hadir) berjalan dengan baik walau suasana duka menyelubungi sebab keputusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This