Seorang maut selepas kereta masuk laut

Dari Penulis

SEORANG pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat maut manakala empat rakan lain cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam laut, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima makluman membabitkan kemalangan di Jalan Persisiran Pantai Kuala Perlis- Kuala Sanglang, Simpang Empat pada pukul 11 malam.

Siasatan mendapati, mangsa menaiki kereta Proton Wira dari arah Kuala Sanglang ke Kuala Perlis untuk makan malam.

Beliau berkata, kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun telah terbabas lalu melanggar benteng batu pemecah ombak dan masuk ke dalam laut.

“Penumpang hadapan, Ahmad Baihaqi Mahamad Shafie,25, telah tercampak keluar dari kereta dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemandu yang bekerja sebagai tukang kebun mengalami patah tangan kanan manakala dua lagi penumpang yang merupakan murid sekolah pondok masing-masing berusia 17 dan 20 tahun mengalami luka di tangan.

Baca artikel berkaitan : Penumpang Axia maut, kereta terbabas langgar tiang batu

“Seorang lagi penumpang, bekerja sebagai tukang rumah berusia 24 tahun luka di bahu kanan,” katanya.

Jelasnya, siasatan di tempat kejadian mendapati cuaca dalam keadaan hujan, jalan basah dan lokasi agak gelap.

“Tiada kesan brek di lokasi kejadian dan kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain”.

Yusharifuddin berkata, mayat di bawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah manakala mangsa lain dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This