PEJABAT Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dokumen didakwa keputusan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.
Ia merujuk kepada laporan protal bertajuk ‘Rosmah Mansor will be pronounced guilty on 1st September 2022 dan Download or view the 71-page judgement and guilty verdict on Rosmah Mansor here yang disiarkan semalam.
Pejabat itu dalam kenyataan menegaskan perbuatan tersebut merupakan suatu tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa badan kehakiman tidak akan diganggu-gugat perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara.
“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat berkenaan laporan-laporan portal tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel berkaitan: Mahkamah tetap 30 Ogos putuskan permohonan baharu Rosmah gugurkan Sri Ram
Ini kes kedua selepas dokumen didakwa penghakiman kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd turut tular sebelum keputusan rasmi dibacakan di Mahkamah Persekutuan, 23 Ogos lalu.
Dokumen yang didakwa kertas keputusan penghakiman itu berkaitan kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Keputusan kes berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Tinggi pada 1 September ini.
Sebelum ini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menjelaskan dokumen didakwa kertas keputusan kehakiman berkaitan kes rayuan Najib adalah draf yang belum dimuktamadkan sebaliknya berupa draf kerja penghakiman diubah suai.
Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

