Harga siling ayam standard kekal – KPDNHEP

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai secara sebulat suara oleh Jemaah Menteri dua hari lepas turut menyaksikan harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.

ALEXANDER NANTA LINGGI./Gambar FB KPDNHEP

“Perincian lanjut berhubung keputusan meneruskan penetapan harga siling bagi ayam standard di seluruh negara akan diumumkan secara lebih lanjut dalam pasca mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi esok,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi hari ini.

Baca: Bekalan ayam bagi pasaran domestik tetap jadi keutamaan – Annuar

Pada 30 Julai lepas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof dilaporkan berkata mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di semenanjung mungkin tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos memandangkan bekalannya didapati semakin stabil hari demi hari.

Ini kerana harga pasaran ayam bulat sekarang berada di bawah siling malah terdapat penjual menawarkan harga serendah RM6.99 sekilogram.

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling ayam standard serta kebenaran mengeksport selepas 31 Ogos ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This