PRU-15: Gerakan hasrat bertanding 1 kerusi parlimen, 7 DUN di Negeri Sembilan

Dari Penulis


PARTI Gerakan berhasrat bertanding satu kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden parti itu Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Lau berkata, kawasan tersebut adalah Parlimen Rasah manakala bagi kerusi DUN pula adalah Temiang, Bahau, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut dan Repah.

“Kita tahu ada banyak tempat boleh bertanding terutamanya kawasan masyarakat Cina tetapi kami mahu fokus kawasan berpotensi menang. Kita akan fokus kepada kualiti, bukan kuantiti.

“Pemimpin perlu turun ke kawasan masing-masing, mendapatkan sokongan rakyat dan persiapan awal perlu bermula dengan diri sendiri. Prestasi calon-calon ini akan dipantau di peringkat Gerakan negeri sebelum dihantar ke peringkat pusat untuk dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan kali ke-47 serta  Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda Gerakan Negeri Sembilan kali ke-35 di sini hari ini.

Baca lagi: Desakan PRU-15 disegerakan bukan sebab saya takut – Ahmad Zahid

Mengulas mengenai calon bagi kawasan tersebut, Lau berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat pusat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) nanti.

Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Sembilan Choong Vee Hing berkata PN peringkat negeri telah bersetuju menggunakan formula pembahagian kerusi Parlimen iaitu empat-tiga-satu (4-3-1) bagi pilihan raya nanti.

“Perbincangan awal (PN negeri) mengikut formula 4-3-1 bagi kerusi Parlimen, iaitu empat (Bersatu), tiga (PAS) dan satu (Gerakan) namun kawasan Parlimen yang mana masih belum dimuktamadkan. Gerakan negeri berhasrat untuk bertanding di Parlimen Rasah,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This