[VIDEO] Kain rentang guru protes: KPM teliti, buat siasatan mendalam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meneliti dan menjalanan siasatan mendalam berhubung kejadian kain rentang dipasang pada pagar sebuah sekolah menengah di Senaling, Kuala Pilah yang tular sejak kelmarin. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan lanjut berhubung isu berkenaan. 

Dalam konteks tersebut, Radzi menjelaskan, KPM perlu lebih memahami apa masalah sebenar yang dihadapi guru-guru di sekolah berkenaan dalam usaha menyelesaikan masalah itu. 

Menurut beliau, apa yang ditulis di kain rentang itu juga seolah-olah memberi gambaran bahawa sistem aduan sedia ada tidak cukup tangkas menerima maklumat yang diberikan. 

“Kita akan lihat juga sistem aduan yang ada ini supaya guru-guru mempunyai ruang yang sesuai untuk membuat aduan. 

“Jadi, tiadalah semua 10,000 sekolah di seluruh negara akan mengangkat kain rentang jika mempunyai masalah,” katanya. 

Baca artikel berkaitan: ‘Sesiapa pun boleh bertanding di mana sahaja’ – Radzi balas Ku Nan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Menembak Piala DSS 2022 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini. 

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani. 

Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM mempunyai kaedah tertentu untuk menyelesaikan perkara tersebut memandangkan isu berkenaan telah pun melibatkan pihak berkuasa. 

Pada masa sama, Radzi turut mahu memastikan kerjaya perguruan itu tetap mengekalkan nilai profesionalisme yang tinggi. 

“Ini bukan satu isu yang mudah namun sekiranya laluan itu ada untuk disampaikan, itu adalah lebih baik. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin diberi penerangan oleh Pengarah Program, Mohamad Hamdan Abu Bakar (kiri) mengenai kemahiran menembak ketika hadir merasmikan Kejohanan Menembak Piala DSS 2022 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.  GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita tak lihat perkara ini berlaku dalam perkhidmatan lain jadi kita nak pastikan profesionalisme guru terus teguh dan sekiranya isunya adalah guru tiada ruang menyampaikan aduan, kita sedang menelitinya,” jelas beliau.

Satu gambar kain rentang tular sejak kelmarin dipasang pada pagar sebuah sekolah menengah di Senaling, Kuala Pilah meminta pengetua serta guru kanan (GK) pentadbiran ditukarkan daripada sekolah berkenaan. 

Difahamkan, kain rentang itu dipasang berikutan rasa tidak puas hati guru di sekolah berkenaan yang mendakwa kedua-dua individu berkenaan mengugut guru.

Antara yang ditulis adalah guru sekolah memohon pihak KPM dan Jabatan Pendidik Negeri (JPN) supaya memindahkan kedua-dua guru terbabit dengan kadar segera.

Ia bertujuan mengelak guru daripada tertekan dan sakit hati akibat tindakan kedua-dua pihak pentadbir sekolah yang menindas serta mengugut guru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This