Status Ahli Parlimen kekal, Najib fail petisyen pengampunan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

STATUS Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan tidak berubah buat masa ini kerana telah memfailkan petisyen pengampunan, Jumaat lalu.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, petisyen pengampunan itu telah difailkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.

Menurut Azhar, beliau telah pun menerima dokumen salinan permohonan pengampunan ke atas Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang bertarikh 1 September lalu.

Beliau memaklumkan turut menerima salinan surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh sama yang melampirkan permohonan pengampunan itu diaku-terima Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Jumaat lalu.

Pada masa sama, Azhar berkata, beliau juga menerima Perintah Jenayah termeterai masing-masing bagi kes rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan bertarikh 23 Ogos.

“Kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan iaitu sekiranya petisyen itu ditolak.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Najib masuk hospital, keadaan stabil

Sebelum ini, Azhar dilaporkan berkata, Najib akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.

Azhar memberitahu, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta tidak mendapat pengampunan bebas.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Untuk rekod, Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan sejak 1976 dan pada PRU14 lalu, beliau menang dengan majoriti 24,859 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ibu angkat ditahan kurung kanak-kanak dalam stor sepanjang cuti sekolah

SEORANG wanita ditahan selepas disyaki mengurung anak angkatnya yang berusia sembilan tahun dalam stor di sebuah rumah di Taman...

More Articles Like This