Najib masuk hospital, keadaan stabil

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang dilaporkan telah dimasukkan ke hospital. 

Memetik laporan Astro Awani, perkara tersebut disahkan salah seorang pegawai Najib. 

Bagaimanapun, pegawai tersebut memaklumkan Ahli Parlimen Pekan itu berada dalam keadaan stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang diperlukan. 

“Ya, Datuk Seri dalam keadaan stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang sewajarnya,” katanya. 

Dalam pada itu, The Star melaporkan Najib telah dimasukkan Hospital Kuala Lumpur. 

Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi turut menzahirkan penghargaan kepada pihak hospital dan pegawai Penjara Kajang atas kerjasama. 

Namun begitu, Muhamad Mukhlis tidak menjelaskan punca utama kemasukan Najib ke hospital. 

Baca artikel berkaitan: Najib utus warkah dari penjara untuk ahli UMNO

Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tengku Maimun dipetik berkata, sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman dikenakan tidak keterlaluan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This