“BAHASA Melayu bergema di Australia!.”
Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meluahkan rasa bangga dengan Bon Cheng Lim atau Sam Lim menyampaikan ucapan sulung di Parlimen Australia dalam bahasa Melayu.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Sam sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth, Australia.
“Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh Sam Lim ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.
“Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat!,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Ucapan Sam, 61, yang dilahirkan di Muar, Johor itu mendapat perhatian ramai apabila beliau menzahirkan penghargaan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.
“Speaker, kata-kata tidak cukup untuk meluahkan penghargaan tetapi itu yang saya ada sekarang.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih dalam dua bahasa pertama yang saya pelajari dalam hidup iaitu bahasa Melayu dan bahasa Mandarin.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan jamin kebebasan media – PM
“Kepada semua saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelosok dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang anda berikan kepada saya.
“Terima kasih atas semua dukungan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia, terima kasih semua,” jelas beliau.
Video ucapan Sam itu dimuatnaik seorang lagi ahli Parlimen, Tim Watts dalam ciapan di Twitter.
Sam turut berkongsi video penuh ucapan beliau di Facebook.
Sam, dari Australian Labor Party (ALP) yang berucap kira-kira 20 minit juga menekankan kepentingan mempromosi keamanan bukan sahaja kepada Australia tetapi juga membabitkan negara jiran.
Beliau sebelum ini menewaskan calon Liberal, Ben Morton dengan margin 9.5 peratus, dalam pilihan raya umum persekutuan, Mei lalu.
Sam yang berhijrah ke Australia pada tahun 2022 bersama isteri dan tiga anaknya pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua tahun pada 1983.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

