Remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Balau

Dari Penulis

Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi tadi. 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hazmi Zulkafli berkata mangsa yang masih hilang ialah Nurish Qhalisya Suhailizam, 14, dan kesemua mereka dari Kota Tinggi. 

Beliau bagaimanapun berkata lima yang lain, Nur Zurina Hafieza Mohd Azhari, 13, Siti Nur Alisya Abdullah, 13, Siti Alieyssa Qistina Mustafa, 14, dan Nur Azrin Syazwani Mohd Fairuz, 13, serta Mohd Asyraf Syazwan Mohd Fairuz yang berusia tujuh tahun berjaya diselamatkan. 

“Tiga orang mangsa telah diselamatkan oleh orang awam, manakala dua lagi ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan seorang masih hilang.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membawa naik dua orang mangsa dan memberikan rawatan awal bantuan pernafasan sebelum menghantar ke Klinik Kesihatan Penawar dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Tiga yang lain dibawa ke klinik menaiki ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca artikel berkaitan: Remaja mati lemas di air terjun Puncak Janing

Mohd Hazmi berkata PKO bertindak membuat pencarian Nurish Qhalisya yang masih belum ditemukan menerusi kaedah pencarian di permukaan pada jarak kira-kira 80 meter dari pesisir pantai.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.39 pagi, sebelum 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya PKO, didapati benar berlaku kejadian lemas melibatkan lima remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki pada jarak 70 meter dari pesisir pantai.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PN bukan milik mutlak mana-mana parti – Ahmad Samsuri

PERIKATAN Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. Demikian penegasan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam...

More Articles Like This