Tangkap layar rakaman memaparkan aksi suspek wanita bertindak bergaduh dengan mangsa dalam kejadian di Jalan Semarak, Kuching, semalam.

SEPASANG suami isteri ditahan kerana bergaduh dengan dua lelaki selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Semarak, Kuching pada 5.20 petang semalam.

Suspek masing-masing berusia 29 tahun itu ditahan empat jam selepas kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan L. Merbin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, dua lelaki tempatan yang menunggang motosikal ketika kejadian.

Beliau berkata, kejadian pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham antara suspek dan pengadu.

“Pengadu telah mengalami kecederaan ringan akibat ditampar suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Merbin, hasil semakan medapati suspek lelaki mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.

Baca artikel berkaitan: Gaduh kerana tuan rumah naikkan sewa

Suspek wanita pula mempunyai tiga rekod jenayah dan dadah.

“Suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri dengan berhenti di tengah jalan raya kerana boleh membahayakan diri dan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram