Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan mendiang Tun S. Samy Vellu sebagai bapa penyatuan kepada masyarakat India.

Beliau berkata, mendiang Samu Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India selain memperjuangkan nasib kaum itu.

Jelas beliau, pemergian mendiang Samy Vellu merupakan satu kehilangan besar buat negara yang telah banyak menabur bakti kepada negara.

“Kita kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Tun Samy Vellu yang selama ini dianggap sebagai bapa penyatuan kepada masyarakat India.

Kita lihat Tun Samy Vellu sewaktu menjadi Presiden MIC berjaya menyatupadukan masyarakat India di Malaysia.

“Beliau juga memperjuangkan masyarakat India dari segi ekonomi dan sebagainya, maka negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat seperti Tun ini,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca lagi: Sumbangan mendiang Samy Vellu besar – Asyraf

Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira jam 7 pagi tadi.

Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam menerusi perkongsian di Facebook pagi tadi.

Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram