Video tular: Kenderaan Exco Johor disaman potong barisan

Dari Penulis

KENDERAAN yang dikhaskan untuk kegunaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon hari ini dikenakan tindakan saman kerana memotong barisan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pemandu kenderaan warna hitam Jenis Toyota Camry bernombor pendaftaran JDT 9 itu telah dipanggil pada 3.30 petang tadi atas kesalahan tersebut.

Beliau berkata pihaknya menerima video tular mengenai kejadian itu pada 11 malam, Rabu lepas.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas. 

“Hasil semakan mendapati kenderaan itu milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaan kepada Yang Berhormat Ling Tian Soon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 6(1) LN 166/59).

Terdahulu, video berdurasi 24 saat memaparkan tindakan sebuah kereta milik exco kerajaan negeri yang menggunakan laluan kecemasan ketika keadaan jalan sesak dipercayai di Tongkang Pechah telah tular di media sosial. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This