Iring van mayat di Meru, polis nafi libatkan gangster

Dari Penulis

POLIS menafikan penglibatan kumpulan gangster susulan kejadian sekumpulan lelaki India tidak bertopi keledar yang mengiringi sebuah van mayat di persimpangan lampu isyarat Pekan Meru.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ia susulan dakwaan dibuat oleh sebuah portal perarakan van jenazah terbabit melibatkan seorang individu yang dipercayai ketua gangster.

Katanya, Ketua Balai Polis Meru telah membuat laporan pada pukul 10.43 tadi selepas insiden terbabit tular di laman sosial.

Beliau berkata, menerusi video terbabit dapat dilihat sekumpulan remaja India yang tidak bertopi keledar menaiki motosikal dan mengiringi sebuah van mayat sehingga menghalang lalu lintas.

Baca artikel berkaitan : Polis nafi dua jengkaut terbakar disebabkan pemerasan kongsi gelap

“Siasatan awal telah dibuat dan polis akan memanggil penganjur bagi mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menghalang lalu lintas sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This