Polis buka kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah terkenal

Dari Penulis

POLIS membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan di depan sebuah pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur hari ini, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya.

Beliau berkata beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka yang terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, untuk diambil keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Katanya kira-kira 50 orang termasuk mahasiswa dan ahli parti politik didapati menyertai perhimpunan itu.

Tinjauan Bernama mendapati peserta perhimpunan mula berkumpul di lokasi berkenaan sejak 3.30 petang dan bersurai kira-kira 4.45 petang, dengan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Antara yang dilihat menyertai perhimpunan tersebut ialah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This