DUA individu masing-masing seorang lelaki warga India dan wanita tempatan maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka merempuh bahagian belakang lori kontena yang diparkir di bahu jalan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, kejadian yang berlaku di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut.
Katanya, rempuhan itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta.
Beliau berkata, dua mangsa yang maut itu dikenali sebagai Venkatachalm, 33 manakala wanita tempatan, M Thevamalar, 42.
“Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi menemui mangsa tersepit di ruang hadapan kereta.
“Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah berjaya dikeluarkan pada pukul 3.50 pagi menggunakan peralatan khas namun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kanak-kanak lelaki maut kemalangan libatkan dua kenderaan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan dua mangsa itu maut di tempat kejadian.
Beliau menjelaskan, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar lori kontena tersebut.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang gagal mengawal kenderaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saksi yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

