Penglibatan wanita sebagai pelaku rasuah membimbangkan

Dari Penulis

BILANGAN kes-kes rasuah yang melibatkan pelaku wanita semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan keadaan itu amat membimbangkan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata berdasarkan statistik, seramai 824 wanita ditahan dan daripada jumlah itu 356 dituduh di mahkamah dalam tempoh 2017 hingga Ogos lepas.

Secara terperinci seramai 308 wanita ditahan bagi kes tuntutan palsu; 249 (menerima rasuah); 90 (memberi rasuah) dan 82 (salah guna kuasa) manakala selebihnya melibatkan kesalahan lain berkaitan rasuah.

“Rata-rata mereka yang dituduh adalah mereka yang mempunyai kuasa, peranan dan jawatan dalam sesuatu entiti.

“Masa mula-mula zaman saya masuk kerja dalam BPR, dalam masa setahun pun, susah hendak tangkap walaupun seorang wanita, rasuah adalah mengenai orang yang mempunyai kuasa, orang yang telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan amanah. Jadi mereka ini diberikan tanggungjawab,” katanya semasa temu bual baru-baru ini.

SPRM ditubuhkan pada 1 Okt 1967, dengan dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum menjadi suruhanjaya bebas pada 2009 dengan dikenali sebagai SPRM.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan P. Pinang perlu terima hakikat, tidak ‘defensif’ dakwaan rasuah membimbangkan- MCW

Bercakap mengenai undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik, Azam berkata perkara itu perlu disegerakan bagi memastikan ahli dan parti politik mengisytiharkan dana yang diterima mereka sama ada dari dalam atau luar negara dan punca dana itu diperoleh.

Beliau berkata takrifan mengenai pembiayaan politik yang sah atau tidak bergantung kepada takrifan yang dipersetujui dalam rang undang-undang dan ia berbeza antara satu negara dan negara lain.

Bagaimanapun, Malaysia belum mempunyai undang-undang dan peraturan pembiayaan politik, justeru bukan satu jenayah bagi ahli politik dan parti politik untuk menerima pembiayaan politik dan derma persendirian.

Ini bermakna mana-mana ahli politik atau parti politik boleh menerima sumbangan politik daripada perbadanan atau individu, dengan syarat wang itu bukan daripada sumber haram (tetapi) isu itu menjadi jenayah jika dapat dibuktikan bahawa ahli politik yang menerima dana itu berada dalam kedudukan untuk membalas budi kepada pemberi derma berdasarkan jawatan ahli politik itu, katanya.

Azam berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada masyarakat yang meminta SPRM menyiasat entiti-entiti politik yang dikatakan menerima dana berbentuk rasuah.

“Kami siasat dan bukan kami tidak siasat apabila dilaporkan tapi banyak kes berakhir dengan tiada tindakan pertuduhan. Mereka (orang awam) yang melaporkan tidak berpuas hati…apabila tiada akta (khusus) ini maka kami mengklasifikasikan sebagai tindakan menerima suapan atau menerima rasuah,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This