Roh, semangat MN perlu disemarakkan semula – Annuar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ROH dan semangat nota persefahaman serta piagam Muafakat Nasional (MN) perlu disemarakkan semula di saat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin menghampiri.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO dan Pas adalah dua parti teras serta tunjang yang membina negara bangsa.

Menurut beliau, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung kerjasama parti itu dengan Pas membawa sinar dan harapan baharu.

Justeru, Annuar berkata, kenyataan itu seharusnya disambut baik oleh semua pihak terutama UMNO dan Pas.

Jelas Annuar, cita-cita perjuangan kedua-dua parti itu lahir daripada ‘rahim dan kandungan’ politik yang sama.

“Roh, semangat nota persefahaman dan piagam MN perlu disemarakkan semula, di saat perhitungan besar PRU-15 kini benar benar hampir tiba.

“Permuafakatan antara keduanya mampu memperkasa perjuangan dan menyelamatkan watan serta ummah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan, negara amat memerlukan kerajaan yang kuat, politik yang stabil serta saf kepemimpinan yang cukup pengalaman dan kebolehan.

Baca artikel berkaitan: UMNO tidak pernah padamkan agenda penyatuan ummah – Zahid

Katanya, ini kerana Malaysia bakal berdepan cabaran global yang amat besar mulai tahun hadapan.

“Negara perlu dipulihkan dan dengan ekonomi dunia serta geo-politik serantau yang semakin kompleks, kita tidak mampu berpecah-belah dan kembali menjadi lemah.

“Negara dan rakyat perlu dibela sepenuhnya. Inilah masanya,” jelas beliau.

Ahmad Zahid dalam kenyataan menegaskan UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah termasuk dalam hubungan politiknya dengan Pas yang menjadi asas kestabilan politik tanah air.

Atas dasar itu, Ahmad Zahid berkata, parti itu sejak daripada awal sentiasa menekankan soal keikhlasan dan kejujuran dalam apa juga bentuk permuafakan.

Namun begitu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga menegaskan, UMNO tidak sesekali dapat menerima pihak yang berterusan melakukan pengkhianatan serta mengambil sikap menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This