Tiga negeri bawah PH tidak bubar DUN tahun ini – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIGA negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Perkara itu disahkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media hari ini.

Tiga negeri berkenaan adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Menurut Anwar, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Anwar menegaskan, ketiga-tiga negeri tersebut akan memberi tumpuan untuk menangani isu banjir dan meringankan beban mangsa.

Justeru, Anwar berkata, ketiga-tiga negeri itu tidak akan bersama dengan Kerajaan Persekutuan jika PRU-15 diadakan sewaktu musim banjir.

“Oleh yang demikian, mereka tak akan adakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir dianggarkan pada Februari atau Mac.

“Mereka ada ruang dan wewenang untuk mengadakan (pilihan raya) selepas itu,” katanya.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Parlimen dijangka bubar sebelum Bajet 2023 – Laporan

Mengulas lanjut, Anwar berkata, PH beranggapan rakyat tidak seharusnya ditambah derita dengan mengadakan PRU-15 sewaktu banjir.

“Seperti mana yang kita tahu semua pimpinan parti besar, semuanya katakan tumpu kepada banjir, yang nak tumpu mahkamah dan PRU-15 ini, hanya sekelompok kecil.

“Jadi saya percaya dan berharap Yang di-Pertuan Agong mengambil kira bahawa majoriti besar Ahli Parlimen menganggap tindakan menangani masalah banjir, menyelamatkan rakyat harus diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum laporan Jabatan Meteorologi bahawa fenomena La Nina dan monsun Timur Laut hingga awal tahun hadapan.

Jelasnya, situasi tersebut bakal menyaksikan jumlah taburan hujan yang tinggi serta kemungkinan berlaku hujan lebat dan banjir di kebanyakan negeri.

“Majlis Presiden turut mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah mempertingkat tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi musim banjir di negeri masing-masing sesuai dengan prinsip mengutamakan nasib rakyat berkait nyara dan harta benda,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This