Majlis Presiden PN bincang persiapan, manifesto PRU-15

Dari Penulis

MAJLIS Presiden Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat hari ini dengan antara lain membincangkan hal berkaitan manifesto dan persiapan jentera pilihan raya peringkat negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kepada media di saat spekulasi PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat semakin hangat diperkatakan.

“Mesyuarat hari ini merupakan mesyuarat bulanan PN iaitu pelaporan daripada pelbagai unit, keduanya tentang persiapan PRU termasuk manifesto serta pelancaran jentera pilihan raya di Selangor semalam dan selepas ini di Perak dan Pahang.

“Jawatankuasa perundingan kerusi juga masing-masing buat pelaporan awal, apa pun kita akan adakan perbincangan berikutnya selepas ini dan setiap parti dia ada jawatankuasa bersama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut.

Baca artikel berkaitan: Menteri PN utus surat kepada Agong tidak mahu PRU-15 tahun ini

Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen PN, Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata perkara tersebut juga masih dalam perbincangan.

“Ada beberapa kerusi yang kita fikir kita perlu duduk untuk muafakat bagi elak kerusi tersebut jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH)…kita akan bentang perincian nanti,” katanya.

Mesyuarat dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN turut dihadiri Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dua Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin serta Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This