Menteri PN utus surat kepada Agong tidak mahu PRU-15 tahun ini

Dari Penulis

SERAMAI 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) telah pun mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan hasrat tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Perkara tersebut disahkan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Menurut Radzi, menteri daripada PN berpendirian kebajikan rakyat merupakan perkara penting yang perlu diberikan tumpuan ketika ini, bukannya soal PRU-15.

Beliau berkata, menteri PN memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong supaya PRU-15 tidak diadakan dalam masa terdekat mengambil kira ketidaksesuaian masa.

Jelasnya, apa yang dinyatakan dalam surat tersebut semalam merupakan pendirian PN selama ini berhubung soal PRU-15.

“Saya boleh sahkan memang kami menteri daripada PN sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya tidak dilaksanakan PRU pada masa terdekat.

“Apa yang paling penting kita dalam kerajaan ingin menumpukan kepada perkara berkaitan kebajikan rakyat,” katanya selepas Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Manifesto PN PRU-15 rangkumi semua bidang penting – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan memaklumkan kementeriannya berdepan banyak perkara struktur yang perlu diselesaikan dalam baki masa yang ada menjelang PRU.

Malah, beliau menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mungkin telah mengambil maklum tentang surat yang dihantar itu selepas dilaporkan media.

Pada masa sama, Radzi berkata, pihaknya juga sudah menerima senarai nama calon dicadangkan Bahagian Bersatu seluruh negara untuk bertanding pada PRU-15.

Beliau berkata, nama berkenaan sedang ditapis dengan teliti sebelum pihaknya membuat keputusan berhubung calon yang akan bertanding.

Katanya, bilangan kerusi akan ditandingi juga bergantung kepada keputusan parti.

“Banyak kriteria yang ditetapkan, tetapi paling penting calon yang bersih dan berintegriti selaras matlamat serta objektif parti memperjuangkan sebuah negara yang penuh integriti, cekap pemerintahan dan mempunyai tadbir urus yang baik,” katanya yang turut menyatakan akan bertanding jika mendapat restu parti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This