Mesyuarat UMNO tidak libatkan Top 5, bincang manifesto – Khaled

Dari Penulis

MESYUARAT UMNO yang difahamkan diadakan malam ini tidak melibatkan pemimpin ‘Top 5’ parti itu seperti dilaporkan petang tadi.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, mesyuarat pada malam ini melibatkan perbincangan mengenai manifesto menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Bukan mesyuarat ‘Top 5’… mesyuarat lain, mesyuarat berkaitan manifesto,” katanya ringkas seperti dilaporkan Astro Awani.

Mohamed Khaled dilihat tiba di Menara Dato’ Onn kira-kira pukul 7.40 malam tadi.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah kehadiran bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan tujuan Mohd. Khairuddin hadir ke Ibu Pejabat UMNO tersebut.

Baca artikel berkaitan: Sesi menghadap mesyuarat pra-Kabinet, tidak bincang pembubaran Parlimen

Selepas mengumumkan keluar daripada Pas pada Mac lalu, Mohd. Khairuddin dilihat ‘mesra UMNO’ termasuk menghadiri beberapa majlis melibatkan parti tersebut di Terengganu.

Walaupun begitu, Mohd. Khairuddin dilihat masih mengambil sikap kunci mulut dengan mengatakan fokusnya adalah kepada rakyat di Kuala Nerus.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan menghadiri mesyuarat ‘Top 5’ kira-kira pukul 5 petang tadi sejurus selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 4.45 petang.

Pertemuan Top 5 itu sekali gus menguatkan spekulasi bahawa ia melibatkan soal pembubaran Parlimen yang hangat diperkatakan ketika ini.

Namun, Ahli Parlimen Bera itu difahamkan meninggalkan Ibu Pejabat UMNO tersebut sekitar pukul 6.35 petang selepas selesai mesyuarat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This