PRU-15 perlu disegerakan kerana Perdana Menteri tidak dihormati – Zahid Hamidi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN segelintir anggota pentadbiran kerajaan yang tidak menghormati dan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah antara faktor utama pilihan raya umum perlu disegerakan.

Penegasan itu dilontarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melihat kerajaan ketika ini berada dalam keadaan lemah.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, keadaan negara dengan kewujudan kerajaan campuran ketika ini melihat acap kali Perdana Menteri menjadi sasaran parti lawan.

“Pentadbiran negara jadi bersimpang-siur dengan setiap parti politik dalam kerajaan mentadbir portfolio Kabinet masing-masing mengikut agenda dan fahaman sendiri.

Negara dibawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) disertai sebilangan wakil rakyat BN, namun diketuai pemimpin politik bermuslihat menamatkan lawan politik bagi mengukuhkan kedudukan,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: ‘Amanat Zahid Hamidi’ bukan tulisan saya – Ahmad Zahid

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) amat penting berlangsung segera kerana negara sedang kesuntukan masa bagi berdepan kemelesetan ekonomi global yang diramalkan tahun depan. 

Jelasnya, ramalan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2023 bukan direka-reka oleh BN, sebaliknya berdasarkan pelaporan organisasi kewangan dan ekonomi antarabangsa.  

Ujar beliau, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tiga bulan lalu mengunjurkan prospek ekonomi global ‘menjadi gelap dengan ketara’ sejak April 2022 dan meramalkan dunia berdepan kemelesetan ekonomi tidak lama lagi. 

“Agensi itu malah dikatakan akan menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi global tahun ini buat kali ketiga dan pakar ekonomi IMF dilaporkan mahu memuktamadkan angka baharu.

“Sebuah institut pelaburan terkemuka berpangkalan di Amerika Syarikat pula meramalkan kemelesatan ekonomi dunia mungkin berlaku lebih awal iaitu pada penghujung tahun ini. 

“Ini bermaksud hanya berbaki tempoh kurang tiga bulan sebelum “recession” yang akan menjejaskan kebanyakan negara bermula atau lebih teruk ia mungkin terjadi seawal Disember tahun ini,” katanya. 

Ahmad Zahid menambah, Malaysia amat memerlukan sebuah kerajaan stabil dan kukuh yang mampu bergerak sehaluan dalam mengatur langkah serta strategi berkesan untuk melindungi Malaysia daripada impak buruknya. 

Katanya, sejarah Malaysia sesudah PRU-14 berakhir pada 9 Mei 2018 membuktikan tiada gabungan politik selain BN memilki kemampuan tersebut. 

Ujar beliau, Malaysia telah melalui pengalaman yang amat memeritkan sepanjang berkerajaan gagal selama 22 bulan dibawah Pakatan Harapan (PH) dan 17 bulan di bawah PN. 

“Negara dibawah pentadbiran PH memiliki sebuah kerajaan cacamarba, tidak tersusun dan lebih mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat dan negara,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This