UMNO tidak pernah menolak sebarang usaha untuk penyatuan ummah sebaliknya yang ditolak adalah penyelamatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Itu yang ditegaskan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan di Facebook.
Mohamed Khaled menegaskan, formula Pas untuk mendukung Bersatu bukanlah rumus untuk ummah yang bersatu.
Menurut beliau, Bersatu adalah parti yang jelas ditubuhkan untuk melemahkan kekuatan sebenar orang Melayu melalui UMNO.
Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, kekuatan Bersatu bersifat superficial yang tidak dibangunkan melalui perjuangan hakiki.
“Ia dibina melalui ‘sindiket’ pengkhianatan politik paling licik dan jelik dalam sejarah politik Malaysia.
“Kerana itu, Bersatu tidak mempunyai standing sebagai pendukung kesatuan dan perpaduan Melayu. DNAnya ialah anti UMNO dan karakternya adalah khianat.
Baca artikel berkaitan: Mesyuarat khas MKT UMNO esok, bincang persiapan PRU-15?
“UMNO adalah gerakan politik, ia bukan gerakan dakwah. Tugas UMNO ialah mengurus dan mentadbir negara,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata penyatuan ummah tidak semestinya hanya terbit melalui kerjasama politik demi pilihan raya.
Kata beliau, perkara tersebut telah dan akan UMNO usahakan dalam pelbagai ruang lingkup, pada setiap masa dan bukan bermusim apabila mentadbir nanti.
Jelasnya, segala perhitungan UMNO adalah pada kelangsungan politiknya dan kepentingan bangsa Melayu.
“Adalah strategik untuk orang Melayu mempunyai parti terbesar dan paling dominan dalam kerajaan akan datang.
“Fokus UMNO ialah untuk mengembalikan semula kekuatan sebenarnya agar ia dapat menjadi jurucakap orang Melayu yang berkesan.
“Ia tidak akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan Bersatu pastinya kerana telah menjadi cita-cita Bersatu untuk UMNO itu diakhiri, ditolak dan dimatikan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

