#RasuahBusters lancar kempen #SatuJari sempena PRU-15

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), #RasuahBusters melancarkan kempen #SatuJari dalam menyampaikan mesej setiap pengundi untuk membawa perubahan kepada 32.7 juta rakyat Malaysia.

Bersempena kempen tersebut #RasuahBusters menggesa, mereka yang mempunyai kriteria berikut dicalonkan dan dipilih untuk melaksanakan mandat rakyat.

Ia meliputi calon-calon yang bersih daripada rasuah, bertanggungjawab, sedia membela nasib rakyat, berintegriti, jujur dan bijak.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berkata, #SatuJari adalah simbolik kepada impian rakyat yang mengharapkan perubahan negara daripada segenap aspek.

“Nilai tiap #SatuJari yang keluar mengundi akan menentukan sistem infrastruktur, pendidikan, kesihatan, kerjaya dan lain-lain kemudahan serta sistem keselamatan sosial yang lebih baik untuk rakyat.

“Satu jari pengundi akan memastikan kedudukan ekonomi negara berada di kedudukan yang stabil.

“#SatuJari turut membentuk pemerkasaan demokratik belia melalui Undi18 agar mula cakna tentang tanggungjawab dan hak kewarganegaraan yang perlu dipraktikkan dalam PRU-15 nanti,” katanya dalam kenyataaan, hari ini.

Nurhayati berkata, #SatuJari adalah kesedaran agar rakyat tidak mudah dimanipulasi oleh mana-mana pihak sebaliknya mengambil peranan aktif mengawal risiko sekiranya gagal meletakkan calon yang betul untuk menerajui negara.

“#SatuJari adalah simbol kebersamaan rakyat dan menjadi aspirasi baru pencorak sejarah Malaysia bermaruah, bebas rasuah dan teguh dengan pemilihan barisan kepimpinan yang berintegriti pada PRU-15 kelak.

“Dengan #SatuJari kesemua rakyat diseru untuk keluar mengundi calon berkualiti yang akan membawa kita ke arah demokrasi maju di atas prinsip #NilaiMoralKarakterBangsa,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This