Rakyat tak puas hati, Rafizi dakwa BN sukar menang PRU-15

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) didakwa berdepan kesukaran untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disebabkan majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya.

Perkara tersebut diramalkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menerusi tinjauan statistik yang dilakukan partinya.

Menurut Rafizi, kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan dan situasi ekonomi.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Pandan itu mengakui undi golongan muda antara usia 18 hingga 24 tahun sukar diramalkan.

Beliau berkata, berdasarkan statistik PKR, 84 peratus pengundi muda tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi negara serta cara kerajaan mengendalikan masa depan mereka.

“Malam ini, saya nak cakap di sini, tidak ada bukti yang menyokong UMNO menang besar pada PRU ini.

“Ini kerana isu negara tidak berubah. Malah, ia semakin teruk kerana kos sara hidup meningkat,” katanya seperti dilapor FMT ketika berucap pada kempen ‘Ayuh Malaysia’, malam tadi.

Baca artikel berkaitan: ‘Daripada berlari-lari anak, ini masa untuk memecut’ – Rafizi

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berdepan tugas sukar membaik pulih negara jika menang pada PRU-15.

Jelas beliau, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengurangkan pelbagai subsidi ketika menerajui kerajaan sebelum ini.

“Ketika PH menang pada 2018, harga minyak terpaksa distabilkan kerana subsidi mesti menjadi mekanisme paling baik untuk kita elakkan wang pergi (masuk) ke dalam poket mereka.

“Najib fikir bijak untuk potong subsidi ketika itu, tetapi lihatlah keadaan sekarang. Kerajaan pimpinan (bekas Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak berani potong subsidi kerana tahu ia adalah kesilapan,” katanya.

Beliau berkata, BN juga gagal menyelesaikan isu membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga akhirnya hutang PTPTN menjadi RM40 billion pada 2018.

“Kami cuba selesaikan isu ini dengan memastikan mereka berpendapatan (lebih) RM4,000 perlu bayar (hutang), tetapi mereka yang bekerja dengan gaji tidak setimpal, tidak perlu kena bayar. Kami cari kaedah lain bayar balik pinjaman itu.

“Bagaimanapun, hutang terkumpul (BN) terlalu banyak. Sebab itu penting untuk undi kerajaan yang boleh mengukuhkan ekonomi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This