Malaysia perlu modenkan aset ketenteraan sebagai langkah perkukuh keselamatan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan aset ketenteraan sebagai langkah memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di perairan Laut China Selatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharram berkata, aset ketenteraan sedia ada sudah terlalu lama dan tidak mampu memenuhi keupayaan bagi menghadapi ancaman ketenteraan moden.

Katanya, siri pencerobohan tentera China di perairan Laut China Selatan berdekatan Sabah dan Sarawak, menjadi isyarat Malaysia perlu meningkatkan keupayaan aset ketenteraan dalam tempoh segera.

“Pelbagai ancaman terkini berlaku mutakhir ini sebagaimana banyak dilaporkan di media tempatan, antaranya pencerobohan berterusan China di Laut China Selatan dan penemuan serpihan roket di Sarawak.

“Juga risiko ancaman berterusan ekoran pencerobohan ruang udara Malaysia Timur oleh jet pejuang China.

“Justeru, tumpuan dan bajet khusus wajar diperuntukkan bagi meningkatkan keupayaan aset ketenteraan kita untuk memastikan kepentingan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ruslan, Malaysia wajar mengambil tindakan sama seperti negara-negara jiran yang telah menyediakan peruntukan besar bagi meningkatkan keselamatan menerusi pelan modenisasi ketenteraan.

Katanya lagi, inisiatif negara seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam itu sebagai langkah memperkasakan keselamatan di perairan masing-masing susulan ancaman sama diterima di Laut China Selatan.

“Indonesia sebagaimana dilaporkan media asing telah berbelanja sehingga USD125 bilion dalam pelan modenisasi ketenteraan, manakala Thailand di sebalik kemelut pandemik COVID-19 telah membelanjakan sehingga USD7 bilion setahun secara purata bagi lima tahun ke belakang bagi perolehan ketenteraan.

Baca artikel lain: Isu pencabulan kedaulatan oleh China perlu diberi lebih perhatian oleh ATM

“Vietnam yang sebelumnya jauh ketinggalan di belakang Malaysia kini mampu berbelanja sehingga USD5.5 bilion bagi peruntukan keselamatan negara,” katanya.

Ruslan yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menambah, Malaysia harus mengambil langkah persediaan lebih rapi ekoran krisis geopolitik kian memuncak ketika ini yang telah dibuktikan melalui konflik Rusia-Ukraine serta yang bakal berlaku di antara China dan Taiwan.

Jelas beliau, ia penting bagi memastikan Malaysia tidak dianggap lemah pada persepsi negara lain sekali gus mampu bertindak menjaga hak dan kedaulatan negara di Laut China Selatan.

“Ini adalah pendapat peribadi saya kerana kepentingan serta keselamatan rakyat dan negara ini keutamaan saya dan sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan aspek ini terpelihara,” tegasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This