Poster Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibakar di Kampung Gelong Air, Mukim Gunung, Kuala Kedah.

POLIS Daerah Kota Setar menerima laporan poster kempen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuba dibakar semalam.

Ketuanya Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, turut cuba dibakar adalah poster calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Polis menerima laporan dibuat petugas BN pada pukul 3 petang semalam yang menyedari poster di Kampung Gelong Air, Mukim Gunung rosak.

“Susulan itu polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membakar.

“Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang terbabit melakukan perbuatan membakar poster itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Baca artikel lain: Pencalonan Ismail Sabri sebagai PM10 oleh parti adalah jelas

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun berkata, pihaknya kesal dengan perbuatan khianat tersebut.

“Saya harap tiada lagi perbuatan seperti itu berlaku lagi selepas ini.

“Semua penyokong parti perlu berkempen secara berhemah dan elak melakukan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan ketika berkempen.

Ada tiga hari lagi sehingga hari pengundian Sabtu ini, jadi semua pihak diminta tidak terlalu agresif,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram