SEMPENA hari pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini, syarikat pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad mengeluarkan cadangan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya tersebut. GAMBAR HIASAN: Abd Razak Aid

SEMPENA hari pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini, syarikat pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT), ANIH Berhad mengeluarkan cadangan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya tersebut.

Dalam hantaran di Facebook LPT, ANIH Berhad mencadangkan waktu perjalanan bagi tempoh 18 dan 20 November ini.

Menurut ANIH Berhad, terdapat dua pilihan cadangan waktu perjalanan esok dari Kuala Lumpur dan Selangor iaitu pukul 10 pagi hingga 2 petang untuk perjalanan ke Pahang serta 6 pagi hingga 10 pagi bagi perjalanan ke Terengganu dan Kelantan.

Pada masa sama, pilihan kedua adalah 8 malam hingga 11 malam untuk ke Pahang dan 5 petang sehingga 8 malam bagi perjalanan ke Terengganu serta Kelantan.

Pengguna bagi kesemua destinasi boleh melakukan perjalanan bebas bermula pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Baca artikel berkaitan: Ikut cadangan jadual perjalanan demi keselesaan, kelancaran – ANIH Berhad

Bagi perjalanan menghala ke Lembah Klang pada 20 November, pengendali lebuh raya berkenaan mencadangkan jadual perjalanan dari Pahang (6 pagi-10 pagi), Terengganu (8 pagi-11 pagi), Kelantan (6 petang-8 malam) dan 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Selain itu, pilihan kedua bagi pengguna lebuh raya untuk masuk ke Lembah Klang dari Pahang (7 malam-10 malam). Terengganu (8 malam-10 malam) dan Kelantan (10 malam-12 tengah malam).

“Kenderaan ringan disaran untuk mengelak daripada memasuki Plaza Tol Gombak pada waktu perjalanan bas ekspres ke Pantai Timur iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pengguna turut disaran menggunakan mod pembayaran sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya iaitu sekiranya menggunakan kad Touch n Go (TnG) ketika masuk lebuh raya, pengguna perlu menggunakan laluan TnG untuk membuat pembayaran keluar bagi melancarkan perjalanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram