PRU-15: Kerjasama PH-GPS mampu bentuk kerajaan stabil – Rafizi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERJASAMA antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) disifatkan mampu membentuk kerajaan yang stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kerjasama itu perlu direalisasikan atas ‘keinginan’ rakyat berdasarkan kepada jangkaan bahawa PH boleh menjadi gabungan yang memenangi kerusi terbanyak di Semenanjung dan GPS di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan secara terbuka oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam sidang media hari ini.

Menurut Rafizi, beliau telah pun ‘berunding secara terbuka’ supaya PH dapat bersama dengan GPS bagi membentuk kerajaan.

Malah, kata beliau, setakat ini tiada penolakan secara langsung daripada GPS berhubung cadangan yang diutarakannya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata segala perbezaan pendapat dan politik antara PH dan GPS sebelum ini harus diketepikan.

“Satu-satunya konfigurasi yang boleh menjamin kerajaan yang stabil adalah antara PH dengan GPS dan konfigurasi itu mendukung keputusan demokratik dalam PRU-15.

“Kami menjangkakan PH akan mendapat mandat kerusi terbanyak di Semenanjung dan satu-satunya dengan mandat jelas adalah GPS di Sarawak.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: PH tawar formula kestabilan kerajaan pada rakyat – Anwar

“Ini kerana di Sabah, dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN), Bersatu, Warisan dan PH, tiada gabungan yang akan mendapat mandat jelas,” katanya dalam sidang akhbar itu.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga calon PH bagi kerusi Parlimen Pandan berkata, beliau yakin GPS sedar dengan hasrat tersebut apatah lagi telah beberapa kali membuat kenyataan mengenainya.

Beliau turut mengesahkan terdapat ‘komunikasi tidak rasmi’ antara kedua-dua pihak untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi berkata rundingan itu hanya akan berlangsung apabila keputusan PRU-15 mula keluar malam esok.

“Tentunya rundingan secara rasmi akan bermula sebaik sahaja keputusan keluar esok.

“Petunjuk yang saya dapat setakat ini bukan sahaja daripada GPS tetapi parti lain di Sabah dan Sarawak adalah mereka mahu menunggu keputusan pilihan raya terlebih dahulu.

“Namun, saya merasakan tiada penolakan secara langsung,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This