Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid GAMBAR: Abd Razak Aid

BARISAN Nasional (BN) Kedah yakin mampu untuk mencapai sasaran menawan 10 kerusi Parlimen di negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan berlangsung esok.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan momentum sokongan yang melonjak naik selepas pilihan raya umum yang lepas.

Jelas beliau, peningkatan sokongan itu bukan sahaja daripada masyarakat Melayu, tetapi juga daripada masyarakat Cina dan India yang semakin ketara.

“Barisan Nasional di negeri Kedah ini (saya lihat sokongan memang) meningkat dan saya nampak sokongan masyarakat Melayu, juga masyarakat Cina dan India memberi sokongan.

“Malah, (sokongan itu) ada yang (pada) tahun 2018 dia orang tidak undi BN atas sebab-sebab yang kita (sendiri) tahu pada waktu itu,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca lagi: BN fokus tambah baik infrastruktur luar bandar – Mahdzir

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, gelombang kebangkitan rakyat di Kedah jelas kelihatan apabila ada antara mereka yang berterus terang untuk memberin sokongan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.

Selain itu, beliau berkata, rakyat di Kedah bijak menilai slogan yang ditampilkan BN dan mampu untuk melihat parti mana yang membawa janji realisitik.

“Saya ingat rakyat hari ni adalah rakyat yang punyai fikiran (yang matang), informasi di hujung jari, lebih banyak mereka tahu, kadang-kadang ada banyak lagi yang rakyat tahu daripada apa yang kita (calon) tahu.

“Ini disebabkan hari-hari mereka himpunkan maklumat dari media elektronik, media cetak, media sosial, info yang datang di hujung jari dia, even lima minit, sepuluh minit, selepas itu dia sudah ada informasi, maka, saya ingat apa juga nama (slogan) itu saya ingat rakyat nilai sendirilah,” katanya.

Untuk rekod, Kedah merupakan antara negeri tumpuan dalam perebutan kerusi Parlimen memandangkan negeri tersebut digelar swing-state, yakni sentiasa memiliki kerajaan daripada gabungan parti berbeza.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram