Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni para pemberita ketika tiba di Perkarangan Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

BEBERAPA orang pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) dilaporkan berada di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Malaysiakini melaporkan, antara mereka yang kelihatan adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Baca artikel lain: Tindakan Ahmad Zahid berunding dengan PH tak sah

Kelihatan sama pimpinan Amanah yang terdiri daripada Presiden Mohamad Sabu, timbalannya Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Kedua-dua buah parti dijangka mengadakan mesyuarat mengenai penubuhan kerajaan gabungan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram