Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negara. GAMBAR: Ihsan Jabatan Penerangan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menangguhkan pengumuman pembentukan Kabinet ke minggu hadapan, lapor The Straits Times, hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan, tiada sebarang upacara mengangkat sumpah di dalam jadual Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Laporan juga mengatakan bahawa Seri Paduka bakal berangkat ke luar negara pada hari Sabtu ini.

Kelmarin, Anwar dilaporkan mengadap Al-Sultan Abdullah sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa pembentukan Kabinet baharu akan diumumkan pada Rabu.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku namun terdapat juga pihak menjangkakan proses pembentukan Kabinet akan berlaku esok.

Beberapa sumber kepada The Straits Times memberitahu, Anwar tidak menyerahkan senarai calon anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan, kelmarin.

Baca artikel lain: Anwar umum Kabinet esok libat 25 Jemaah Menteri?

Malah sehingga ke petang Rabu, Anwar masih mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti yang telah berikrar untuk menyokong kerajaan beliau selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri pada Rabu berkata, Anwar dilapor akan berada di pejabat sepanjang hari ini tanpa sebarang maklumat bakal berlaku pengumuman Kabinet baharu.

“Keadaan kini tidak menentu kerana begitu banyak pihak yang berbeza melobi,” dakwa sumber dari PKR.

Sumber memberitahu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan proses mengangkat sumpah diadakan sebelum Seri Paduka berangkat ke luar negara namun Anwar meminta sedikit masa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram