PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memberikan sebarang hadiah atau cenderahati kepadanya.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut meminta supaya budaya pemberian cenderahati itu dihentikan.
Pada masa sama, Anwar memaklumkan, budaya tersebut dilihat tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan kerajaan.
Selain itu, kata beliau, ia juga membebankan rakyat.
“Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan.
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel berkaitan: Anwar pulang ke Tambun selepas dilantik PM-10
Sebelum ini, Anwar menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai kenderaan hariannya.
Perdana Menteri berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.
Sebaliknya, beliau akan menggunakan apa sahaja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.
Justeru, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kini hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry sebagai kegunaan hariannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

