Malaysia kini miliki empat jurulatih MISIA diperakui dunia

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DUA wakil Malaysia lulus dalam seminar dan kursus dijalankan oleh Main International Shooting Instructors Association (MISIA) pada 18 sehingga 21 November lalu.

Mereka adalah Kelvin Lee yang merupakan Regional Director MISIA Malaysia dan jurulatih menembak Tan Chee Yuen.

Kelvin serta Chee Yuen merupakan antara 76 peratus peserta yang lulus dalam seminar dan kursus tersebut.

Untuk perincian, kursus yang dianjurkan MISIA ialah Kursus Tahap Dua bagi pelatih International Practical Shooting Confederation (IPSC).

“Standard dan piawaian yang diperkenalkan dalam kursus MISIA kali ini amatlah tinggi dan mampu menaikkan taraf sukan menembak di Malaysia nanti,” kata Kelvin ketika dihubungi UtusanTv, hari ini.

Pada masa sama, Chee Yuen yakin pengalaman berlatih bersama penembak bertaraf dunia amat berharga apabila dikongsikan bersama atlet di Malaysia nanti.

Selain itu, Hamdan Abu Bakar yang lulus Kursus Tahap Dua pada tahun 2019 dan Adrian Salleh Hashim (lulus Kursus Tahap 1 pada 2018) diiktiraf oleh MISIA untuk mengajar aktiviti sukan menembak IPSC di Malaysia.

Baca artikel lain: 16 atlet bawa cabaran Malaysia di IPSC Handgun World Shoot 2022

Dengan pentauliahan ini, Malaysia kini mempunyai empat orang jurulatih MISIA yang diperakui dunia.

Seramai 33 atlet dan jurulatih IPSC mengambil bahagian dalam seminar serta kursus yang dijalankan selama tiga hari di NRC Shooting Range, Pattaya, Thailand.

Mereka yang terlibat datang dari Arab Saudi, Australia, China, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Perancis serta Thailand.

Apa yang menarik, seminar dan kursus ini dikendalikan sendiri oleh Presiden MISIA yang juga merupakan Presiden IPSC, Vitaly Kryuchin.

Presiden MISIA dan IPSC dari Rusia itu turut dibantu oleh dua Naib Presiden MISIA iaitu Alex Esteve serta Eduardo deCobos.

Turut sama membantu bagi menjayakannya adalah jurulatih-jurulatih MISIA yang terdiri daripada Yuraima Diaz dan Andres Regetti.

Di penghujung program, para peserta diuji secara teori dan praktikal selain daripada ujian menembak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This