DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad Zahid serta Fadillah masing-masing akan turut memegang dua portfolio kementerian iaitu sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Perladangan dan Komoditi.
Berikut merupakan senarai penuh Kabinet Perpaduan Nasional yang diumumkan Anwar:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Perladangan dan Komoditi: Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi: Azalina Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Zambry Abd Kadir
Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara: Ago Dagang
Menteri Agama: Mohd Na’im Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh Tsew Suan
Menteri Sumber Manusia: V. Sivakumar
Menteri Kesihatan: Zaliha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): Armizan Mohd Ali

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

