Irmohizam rangkul Anugerah BrandLeadership

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGARAH Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim telah berjaya memenangi Anugerah BrandLeadership daripada BrandLaureate.

Anugerah tersebut telah disampaikan pada majlis Makan Malam Gala, Anugerah BrandLaureate yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam.

WTCKL kenyataan memaklumkan, Irmohizam diiktiraf anugerah berkenaan kerana memainkan peranan yang memberi impak dan menyumbang secara signifikan kepada pengembangan dan kejayaan industri acara perniagaan di Malaysia.

Menurut WTCKL, Irmohizam yang juga Protem Presiden Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM) turut diiktiraf atas usaha berterusan memperjuang ekonomi perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Katanya, ia menerusi jawatan beliau sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran di Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) yang berpusat di New York.

“Irmohizam mengambil alih WTCKL pada 2018 dan pada 2019 beliau mengetuai latihan penjenamaan semula berskala besar yang menggabungkan Garis Panduan Jenama Standard WTCA.

“Hasilnya, WTCKL telah berubah dilengkapi dewan yang dinaiktaraf dan pelbagai pengubahsuaian dengan kemudahan tambahan seperti Co-Working Space@WTCKL.

“Sebagai Protem Presiden BECM, beliau menggunakan pengalaman luasnya bersama-sama bantuan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dan pemain industri untuk mewujudkan piawaian acara perniagaan di Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan Perpaduan perlu permudah, perbanyak aktiviti ekonomi berteras rakyat – Irmohizam

“Ini memastikan tahap profesionalisme, pematuhan dan piawaian dalam industri kini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Standard Malaysia (JSM). Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai piawaian acara perniagaan rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, WTCKL juga memaklumkan Irmohizam turut memenangi anugerah Nation’s Pride Brand of The Year bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Yusri Junos bagi pihak WTCKL.

Menurut WTCKL, pusat konvensyen itu telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, WTCKL telah menyahut seruan menggembleng tenaga dan membantu kerajaan dengan berubah menjadi pusat pemberian vaksin mega (PPV mega) di mana vaksin AstraZeneca diberikan kepada orang ramai dan mencapai lebih 1.3 juta dos suntikan vaksin sepanjang 150 hari beroperasi.

Sementara itu, Irmohizam berkata, negara perlu kekal tangkas dalam menyesuaikan diri dengan iklim perniagaan semasa dan mengambil langkah tepat menghidupkan semula industri acara perniagaan.

“Kita juga perlu meningkatkan keterlihatan dan membantu dalam mempercepat pertumbuhan sosioekonomi.

“Kini adalah masa yang sesuai untuk kami bersungguh-sungguh menyokong kepentingan industri ini dan secara aktif mempromosikan pertumbuhan acara perniagaan serta melabur dalam modal insan dan teknologi acara baharu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This